Friday, September 17, 2010

Siri 1 [Di Dewan Maksak Likas pada 14 Ogos 2010]

Kota Kinabalu: Forum Halatuju Rungus adalah salah satu program Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) yang telah dirancang dan dilaksanakan pada 14 Ogos 2010 di Dewan Maksak Likas. Program ini adalah yang julung-julung kali diadakan seumpamanya dianjurkan oleh SAMORA.

Inspirasi untuk mengadakan forum ini tercetus apabila wujud keperluan untuk mendapatkan pandangan masyarakat suku kaum Rungus mengenai apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan suku kaum Rungus yang dikatakan salah satu etnik minoriti di Malaysia yang masih lagi dianggap miskin atau terpinggir daripada arus pembangunan perdana.

Perdana Menteri Malaysia di dalam pembentangan RMK10 pada 10 Jun 2010 yang lepas telah menyebut bahawa kerajaan tidak akan melupakan suku-suku kaum yang masih mundur. Di dalam pembentangan tersebut beliau berkata:

“Anak-anak bersekolah terpaksa berjalan jauh, merentasi jalan yang kadangkala berdebu atau berlumpur dan terdapat juga antara mereka terpaksa merentas sungai untuk menimba ilmu di sekolah. Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan. Saya ingin memastikan bahawa, kemakmuran pembangunan negara turut dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Sekadar memberi contoh, dari perkampungan Melayu di Grik, Perak; perkampungan Orang Asli di Pos Titom di Cameron Highlands; pekerja India di Ladang Mary, Kuala Selangor; masyarakat Kampung Baru Cina di Pasir Hitam, Perak; masyarakat Iban di Mujong Balleh,Sarawak;dan masyarakat Rungus di Kudat, Sabah.” Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia

Justeru itu, SAMORA berhasrat untuk membantu kerajaan dengan memberikan saranan-saranan yang praktikal serta mampu mengeluarkan suku kaum Rungus dari belenggu kemiskinan serta mendapat manfaat daripada angenda pembangunan negara. SAMORA berpendapat bahawa perkara ini hanya mampu dilakukan jika wujud program khas untuk Rungus seperti special fund untuk pembangunan suku kaum Rungus dan special program untuk mengeluarkan suku kaum Rungus dari belenggu kemiskinan.

SAMORA telah membuat inisiatif merancang untuk mengadakan kunjungan kehormat kepada Perdana Menteri Malaysia bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi saranan-saranan untuk membangunkan suku kaum Rungus. Temujanji untuk kunjungan kehormat tersebut telahpun dibuat. Oleh itu, memorandum perlu disediakan dengan segera dan kandungannya hendaklah menepati kehendak suku kaum Rungus secara umum. Perkara ini hanya dapat dilakukan melalui forum terbuka dan mempelawa semua suku kaum Rungus yang berminat untuk hadir dan turut serta dalam forum tersebut. Justeru itu, Forum Halatuju Rungus telah dirancang dan dilaksanakan oleh Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) bagi mendapat input-input dari masyarakat Rungus bagi pengisian Memorendum kepada Perdana Menteri Malaysia.

Aturcara Forum
5.00pm : Ketibaan AMT SAMORA
5.30pm : Pendaftaran Peserta
6.15pm : Jamuan Berbuka Puasa bersama Presiden SAMORA
7.15pm : Ucapan alu-aluan Presiden SAMORA
7.25pm : Pemudahcara mengambil tempat
7.30pm : Ceramah 1 bertajuk "Halatuju Rungus dalam arus pembangunan masa kini" oleh Dr. Paul Porodong
7.50pm : Forum dimulakan
12.00 am : Majlis selesai

Forum ini dianggap telah berjaya mengutip pandangan umum suku kaum Rungus khususnya daripada ahli-ahli intelek Rungus yang telah hadir di dalam forum tersebut. Yang uniknya, forum ini turut dihadiri oleh suku kaum Rungus dari pelbagai parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat, tetapi mereka dapat bersatu di dalam nama Rungus dan menyuarakan kepentingan suku kaum Rungus dengan penuh harmoni. Di antara pemimpin parti politik yang hadir ialah YB Sarapin Magana [ADUN N4 Matunggong merangkap Ketua Bahagian PBS N4 Natunggong], En. Berman Angkap [Presiden BERSEKUTU], bebarapa AJK Bahagian UMNO, PBS dan PBRS.

Secara keseluruhannya, semua yang hadir berpendapat bahawa kerajaan Malaysia perlu melakukan sesuatu ikhtiar untuk mengeluarkan Rungus daripada carta kemiskinan dan kemunduran pembangunan di Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke-10. Hanya Rancangan Khas yang berfokuskan suku kaum Rungus sahaja yang mampu mempastikan Rungus tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara. Tanpa program seumpama itu suku kaum Rungus sentiasa terkebelakang di dalam arus pembangunan nasional. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
  1. Sejak Sabah merdeka melalui Malaysia sehingga sekarang, belum pernah ada suku kaum Rungus dilantik sebagai menteri penuh.
  2. Walaupun Rungus adalah minoriti dan dianggap orang asli Sabah namun tidak pernah ada di kalangan suku kaum Rungus yang dilantik sebagai senator seperti orang asli di Semenanjung Malaysia.
  3. Rungus dibayangi oleh kemajuan suku kaum Kadazan dan Dusun. Memandangkan selama ini Rungus dianggap Kadazan Dusun maka para pemimpin politik menganggap kemajuan suku kaum Rungus adalah sama seperti suku kaum Kadazan atau Dusun. Sedangkan suku kaum Kadazan dan Dusun adalah jauh lebih maju dari suku kaum Rungus. Hanya sebagai perbandingan, sejak merdeka sehingga sekarang hanya terdapat 2 orang suku kaum Rungus yang telah mendapat pendidikan sehingga PhD, sementara suku kaum Kadazan atau Dusun tidak dapat dikira lagi jumlah mereka yang telah mendapat PhD. Demikian juga menteri penuh dan senator; bilangan suku kaum Kadazan Dusun yang pernah memegang jawatan menteri penuh di kabinet negeri dan persekutuan sudah tidak dapat dikira lagi. Demikian juga dengan jawatan senator. Bahkan terdapat suku kaum Kadazan dan Dusun yang pernah menjadi ketua menteri Sabah. Tetapi suku kaum Rungus sehingga kini belum ada seorangpun yang memegang jawatan menteri penuh mahupun jawatan senator.


Sehubungan dengan itu, ahli-ahli Forum Halatuju Rungus berpendapat bahawa perlu ada Program Khas untuk membangun suku kaum Rungus agar tidak terpinggir di dalam Arus Pembangunan Nasional.

Kehadiran Forum Halatuju Rungus 2010 siri 1

  1. YB Sarapin Magana (ADUN N4 Matunggong)
  2. En. Jelani Hamdan (Presiden SAMORA)
  3. En. Markus Suman (Tim. Presiden I SAMORA)
  4. En. Jose Modsinupu (Tim. Presiden II SAMORA)
  5. En. Mojunggi Monunsui (Naib Presiden I SAMORA)
  6. En. Joseph Abis (Naib Presiden II SAMORA)
  7. En. Johori Botohong (Naib Presiden III SAMORA/Pengerusi Penganjur Forum Halatuju Rungus 2010)
  8. En. Vun Phau Aumansai (Setiausaha Agung SAMORA)
  9. En. Majius Lonza (Bendahari SAMORA)
  10. En. Jeffry Kuah (Ketua Penerangan SAMORA)
  11. Dr. Paul Porodong (Pensyarah UMS/ Ahli Panel Forum)
  12. Lightson Kohiya (Ahli Panel Forum)
  13. En. Thomas Arinjamal (AMT SAMORA/Ahli Panel Forum)
  14. En. Felix Akiam (AMT SAMORA/Pencatat Minit)
  15. En. Jamalit Angak (Pegawai IT SAMORA/Pencatat Minit)
  16. Pn. Sinaralin Dawai (AMT SAMORA)
  17. En. Steven Nogiris (AMT SAMORA)
  18. En. Benjohn Simbaku (AMT SAMORA)
  19. En. Spevin Mogidang (AMT SAMORA)
  20. KAN Rozan Assam (AMT SAMORA)
  21. En. Berman Angkap (Presiden BERSEKUTU)
  22. En. Mojuning Manalas (Pensyarah Politeknik Kota Kinabalu)
  23. En. Santain Monurun (Kg. Barambangon, Kudat)
  24. En. Jack Jogie (KK)
  25. En. Slun Dulasim (Kota Belud)
  26. En. Jamiro Karim (Kota Marudu)
  27. En. Joribin Teat (KK)
  28. En. Mosikul Ongudang (Putatan)
  29. En. Alfrin Lajim (Pinampang)
  30. En. Letuis Majile (Kg. Kitobu, Kudat)
  31. En. Minol Oduzan (Kg. Kumbatang, Kudat)
  32. En. Jasli Molubi (Kg. Gombizau, Kudat)
  33. En. Loren Entalang (Tembulugu Tuaran)
  34. En. Shui Vun Aumansai (Kg. Lodung Kudat)
  35. En. John Kirim (Kg. Kimihang, Kudat)
  36. En. Raymond Ruin (Kg. Kumbatang, Kudat)
  37. En. Edward Majius (Kg. Pomonsukan, Kudat)
  38. En. Fadzil Akiam (KK)
  39. En. Jensey Mojuin (KK)
  40. En. Salleh (KK)
  41. En. Lee John Andatung (Kg. Handal, Kudat)
  42. En. Kinnedy William (KK)
  43. Cik Jessica Majunggi (Matunggong, Kudat)
  44. Cik Gloria Mojunggi Grace Majunggi (Matunggong, Kudat)
  45. En. Marimpun Baning (Kg. Pinawantai, Kudat)
  46. Pn. Naili Majimil (Kg. Masangkong, Kudat)
  47. En. Junan Olok (Kg. Pinawantai, Kudat)
  48. En. Joetin Masikat (Kg. Kanibongan, Pitas)
  49. En. Jomuti Banziw (Kg. Bonduk, Kudat)
  50. En. Jukas Mohaniya (Kg. Mompilis, Kudat)
  51. En. Restmon Spevin (Kg. Masangkong, Kudat)
  52. Pn. Avila Benidick (Kg. Masangkong, Kudat)
  53. En. Melbun Binsu (Beaufort)
  54. En. Rick Fransic (Kudat)
  55. En. Samuil Longis (Inanam, KK)
  56. En. Sot Ken Gomchang
  57. En. Jackson Madjdin
  58. En. Jack Joel Moriga (Kg. Tambalugu)
  59. En. Moruwi Rumanggoh (Kg. Monduring, Pitas)
  60. En. Lahamsah Lahaji (Kg. Sembulan)
  61. En. Suhaimi (Kg. Sembulan)
  62. En. Abby (Kg. Putatan)